Monday, May 25, 2009

Mentaati ibu bapa


Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.


"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.

Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.

Menurut al-Qurthubi, termasuk berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka.

Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)

Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka.

Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.

Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Dalam satu hadis menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

Monday, May 18, 2009

Muhasabah Cinta...

Baru sebentar tadi aku download lagu dr Edcoustic-Muhasabah Cinta. Liriknya ringkas sahaja tapi sangat sedap didengar. Setiap baris lirik lagu mempunyai 1001 makna yang sangat mendalam.
Ini lirik lagu dia :

Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff:




Kawanku bercerita : Pertama kali mendengarnya, timbul keinsafan dan setitik air mata jatuh berguguran. Mengenang diri yang lemah mendepani setiap dugaan dariNya yang sentiasa datang menduga. Namun kekecewaan itu sirna dalam sekelip mata kerana menyedari segala cabaran dan ujian dariNya masih terlalu kecil dibandingkan hamba-hambaNya yang lain. Dan keinsafan itu makin bertambah mengenang betapa alpa dan lekanya tatkala bergembira dengan nikmat kesihatan tanpa mempunyai sekelumit pun rasa syukur kepadaNya.



Sunday, May 10, 2009

Penangan sambal belacan

9 Mei dan 11 Mei...

9 Mei..

Monday, May 4, 2009

Sunnah bersiwak

ISLAM memberikan sanjungan tinggi terhadap kebersihan, malah diangkat di kedudukan istimewa sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menegaskan sebagai sebahagian daripada iman.

Kebersihan dilihat melalui ibadat rutin harian seorang muslim yang bertitik tolak daripada amalan menyucikan diri melalui wuduk, kebersihan pakaian dan tempat ibadat.


Nabi s.a.w menunjukkan isyarat penjagaan kebersihan merangkumi semua bidang, bermula dari tubuh badan baik rohani atau jasmani, sehingga pakaian, kediaman dan persekitaran, harus dipastikan bersih.

Anggota luaran lebih-lebih lagi perlu diberikan perhatian dan dandanan kerana ia membentuk personaliti diri seseorang selain mengelak penyakit.

Saidatina Aishah r.a berkata yang bermaksud: "Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah (sunnah); memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja)." (Hadis riwayat Muslim)

Antara yang diberikan penekanan ialah kebersihan mulut dan gigi, kerana Rasulullah s.a.w ada menyatakan dalam sabda bermaksud: "Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat." (Hadis riwayat Muslim)

Membersihkan mulut dan gigi atau bersugi, dalam bahasa Arabnya disebut siwak, sangatlah dianjurkan Islam, bahkan baginda menyatakan: "Bersiwak itu menyucikan mulut, diredai Tuhan dan dibenci syaitan."

Siwak merujuk kepada dua pengertian iaitu perbuatan menggosok gigi dan membersihkan mulut serta alat atau kayu yang digunakan untuk menggosok gigi, dipanggil kayu siwak.

Nabi s.a.w sendiri dilaporkan membersihkan gigi, paling kurang dua kali sehari. Imam Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Omar: "Nabi bersiwak (menggosok gigi) pada permulaan siang dan akhirnya."

Namun, kebiasaannya Nabi s.a.w menggosok gigi berulang kali setiap hari. Sehubungan dengan ini, Amir bin Rabiah melaporkan: "Aku melihat nabi menggosok gigi (berulang-ulang kali) sehingga aku tidak mampu menghitung jumlahnya ketika baginda berpuasa." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi).

Ulama terkenal Arab Saudi, Syeikh M S Al-Munajjid, berkata Imam Nawawi dilaporkan ada menyatakan ulama bersependapat penggunaan siwak adalah satu sunnah.

Menurutnya, satu lagi daripada bukti yang menunjukkan pentingnya amalan itu apabila sesetengah ulama salaf (silam) seperti Ishaq ibn Rahawayh, berpendapat ia kewajipan.

Siwak menurut kesepakatan ulama yang paling baik dengan ranting pokok arak, kerana baunya harum, malah seratnya sangat berkesan membersihkan sisa makanan di celah gigi.

Jika ranting pokok arak tidak diperoleh, tangkai daun pokok palma atau ranting pokok zaitun boleh digunakan.

Jika bahan itu tidak diperoleh, mana-mana bentuk kayu yang baik untuk membersihkan dan tidak mencederakan gigi boleh digunakan untuk membersihkan mulut.

Ini termasuklah penggunaan berus gigi moden.

Pembersihan gigi dan mulut menggunakan kayu atau ranting dari pohon arak (salvadora persica) berlaku sejak berkurun yang lalu, kerana ia kaya dengan serat dan khasiat bagi kesihatan mulut dan gigi.

Justeru itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dilaporkan mempromosikannya bagi kegunaan pembersihan mulut.

Kajian mendapati kayu sugi daripada pohon arak mempunyai kelebihan secara semula jadi. Penyelidikan Dr Otaybi dari Arab Saudi membuka era baru terhadap kajian kayu terbabit, apabila menemui kesan sangat positif terhadap sistem kekebalan badan.

Malah, penyelidik lain mendapati ia mempunyai kesan baik bagi kesihatan terutama dalam proses antiketagihan perokok, sama ada untuk tujuan penyembuhan atau pencegahan, selain bahan antiseptik, astringen, pencuci dan dan fluorida (bahan penghalang kerosakan dan kereputan gigi).

Amalan membersihkan mulut dan gigi menurut ulama sangat dituntut. Waktu melakukan siwak, iaitu:

i. Ketika mahu berwuduk dan mengerjakan solat.

ii. Apabila memasuki rumah dan bersama keluarga. Aishah ketika ditanya tindakan pertama dilakukan Nabi s.a.w apabila tiba di rumah, beliau berkata: "Apabila baginda memasuki rumah, perkara pertama yang baginda lakukan ialah siwak." (Hadis riwayat Muslim)

iii. Apabila bangun dari tidur. Huzaifah ibn Al-Yaman r.a menyatakan apabila Nabi s.a.w bangun pada waktu malam, baginda membersihkan mulut dengan siwak secara sempurna. (Hadis riwayat Al-Bukhari)

iv. Apabila bau mulut seseorang berubah, sama ada disebabkan makan makanan yang berbau atau tidak makan dan minum dalam tempoh yang lama.

v. Ketika ke masjid. Penggunaan siwak sebahagian daripada dandanan yang sangat digalakkan bagi muslim pada setiap kali mendirikan solat. Ini sesuai dengan firman Allah dalam ayat 31, dari surah Al-A'raf, maksudnya: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (sembahyang)."

vi. Apabila membaca al-Quran dan mengikuti majlis tertentu khususnya majlis mengingati Allah.

Ulama bersependapat tiada salahnya menggunakan siwak pada siang hari apabila seseorang itu berpuasa, cuma mereka berbeza pada waktu tengah hari, dengan sesetengahnya mengatakan makruh.

Di kalangan ulama juga ada perbezaan pendapat mengenai penggunaan tangan untuk bersiwak. Satu pendapat, iaitu majoriti ulama berpendapat lebih baik melakukannya dengan tangan kanan.

Ini sesuai dengan hadis Aisyah r.a yang menyatakan: "Nabi s.a.w gemar memulakan dengan yang kanan apabila memakai kasut, turun (dari untanya), apabila membersihkan diri dan dalam semua perkara."

Mereka juga menyatakan siwak adalah satu perkara daripada ibadat yang mendekatkan seseorang terhadap Allah, jadi tidak sepatutnya dilakukan dengan tangan kiri.

Ulama lain berpendapat ia baik dilakukan dengan tangan kiri. Pendapat ini dikatakan daripada mazhab Imam Ahmad dan pandangan ini disokong Syeikh Al-Islam Ibn Taimiyah.

Sesetengah ulama berpendapat, apabila seseorang menggunakan siwak dengan niat mengikuti sunnah, dia sepatutnya melakukan dengan tangan kanan dan jika untuk menghilangkan kekotoran, sepatutnya dengan tangan kiri.

Berdasarkan isyarat daripada al-Quran dan penegasan Nabi s.a.w, ditambah dengan perbincangan ulama dan kajian pakar perubatan jelas menunjukkan persoalan ini bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.


Sumber : myMetro

Tiga tahap hati

SOAL hati, Imam al-Ghazali ada membuat perincian dengan tiga pembahagian mengikut tahap ketetapan dan kemantapan, kebaikan dan kejahatan atau peralihan kepada satu daripadanya, iaitu:

1- Hati yang dibangunkan dengan binaan takwa, dibersihkan daripada akhlak yang keji dan tercela, lalu terisilah di dalam hati ini lintasan dan saranan kebaikan daripada khazanah alam ghaib atau simpanan alam malaikat.


Dengan daya penglihatan terbukalah kepada daya akal mengenai sudut kebaikannya, lalu memutuskan ia adalah suatu mesti dilakukan. Begitulah daya akal (syarie) ini menggalak, mendorong dan menyerunya supaya melakukannya.

Malaikat akan meninjau ke dalam hati ini, didapatinya baik dan subur, bersih dengan sifat ketakwaan dan bersinar dengan cahaya ilmu. Malaikat mendapati hati ini layak untuk tempat penurunan.

Ketika itu, hati dibantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat oleh mata dan sentiasa ditunjuk ke arah kebaikan dan sentiasa tertarik dari satu kepada kebaikan yang berterusan dan saling bersambungan.

Bantuan ini tidak terputus sama ada dalam bentuk saranan, galakan dan dorongan kepada kebaikan atau dirintiskan kepadanya laluan, lorong atau jalan kemudahan dan kelapangan. Allah mengisyaratkan dalam surah al-Lail, maksudnya:

"Apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa. Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga)." (al-Lail:5-7)

Hati sedemikian adalah hati yang pelitanya menyinarkan cahaya dari 'misykat rububiyah' sehingga tidak ada suatu terlindung padanya dan tidak terpengaruh oleh tipu daya syaitan, bahkan tidak akan mempedulikannya.

Selepas bersih daripada sifat tercela membinasakan, hati ini segera terhias indah dengan sifat terpuji yang menyelamatkan seperti syukur, sabar, takut dan pengharapan, zuhud, mahabbah, reda, rindu, tawakal, tafakkur dan muhasabah.

Hati inilah diterima dan dihadapkan Allah ke atasnya iaitu hati muthmainnah yang dimaksudkan oleh firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (ar-Ra'd)

2- Hati yang kecewa dan terbuang, dipenuhi hawa nafsu, dikotori dengan akhlak buruk dan tercela, terdedah dan terbuka luas kepada pintu syaitan dan tertutup dari pintu malaikat.

Punca kejahatannya ialah bermula daripada lintasan hawa nafsu ke dalam hati dan membisikkan dengan kejahatan, lalu hati merujuk kepada hakim akal untuk mendapatkan nasihatnya.

Tetapi akal sudah biasa menjadi khadam yang sentiasa patuh kepada hawa nafsu, sentiasa mencari helah dan tipu muslihat bagi membantu hawa nafsu, sehingga akal dikuasai nafsu, lalu hati menerima setiap kemahuan hawa nafsu yang menjadikan kekotoran semakin tebal, karat dan kegelapannya kerana semakin lemah daya akal dari mengawal dan mempertahankan.

Ketika itu, syaitan mengambil peranan untuk memperkuatkan penguasaan hawa nafsu ke atas hati melalui tugasnya.

Dengan sebab itu, semakin lemahlah daya imannya dengan janji Allah yang baik dan jahat, semakin malap cahaya keyakinannya kepada hakikat hidup akhirat, kerana asap debu gelap daripada hawa nafsu menutupi hati sehingga menutup sinar cahayanya.

Sementara akal sudah menjadi seperti mata yang terkena asap, tidak mampu lagi untuk melihat dengan baik.

Demikianlah kesan penguasaan keinginan hawa nafsu kepada hati, sehingga hati tidak lagi berdaya untuk menggunakan fikiran dan membuat pertimbangan.

Jika cuba disedarkan oleh seorang yang ikhlas atau diterangkan jalan yang benar, ia sudah menjadi buta dan tuli. Yang bergelora adalah keinginan hawa nafsunya, lalu lahirlah pelbagai maksiat.

Hati yang demikian diisyaratkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqaan: 43-44)

3- Hati yang didatangi lintasan hawa nafsu dan membisikkan perlakuan kejahatan tetapi segera dipintas lintasan iman dan mengajaknya supaya melakukan kebaikan.

Ketika itu dengan keinginannya cuba menolong lintasan kejahatan sehingga semakin kuat tarikan hawa nafsu.

Oleh itu, akal segera menyedarkan kepada kebaikan dan mempertahankan diri daripada serangan hawa nafsu serta menjelaskan sudut keburukannya sehingga diri nafsu itu cenderung kepada nasihat akalnya.

Tetapi syaitan tidak melepaskan peluang untuk memberikan bantuan terakhir menentang akal, sehingga lintasan dan saranan hawa menjadi semakin kuat.

Demikian hati menjadi rebutan berterusan antara dua daya tarikan iaitu tarikan hawa nafsu dengan bantuan syaitan serta tarikan akal dan ketakwaan dengan bantuan malaikat.

Sekiranya sifat yang ada pada hati lebih kepada sifat bahimiyah, sabu'iyah dan syaitaniyah, hati akan dikuasai syaitan, malah cenderung kepada golongan dan puak syaitan yang akan melahirkan pelbagai bentuk maksiat.

Tetapi jika yang ada pada hati itu lebih kepada sifat malaikat, hati tidak akan mendengar rayuan syaitan, bahkan tidak terpengaruh kepada janji syaitan, sebaliknya akan cenderung kepada golongan Allah dan dengan itu akan lahirlah pelbagai ketaatan.


Sumber : myMetro

Sunday, May 3, 2009

Profil...

Salam sejahtera utk semua umat Islam...

Lupa plak ku nk prkenalkan budak2 praktikal yg skali ngan ku. Asal2 ad lah dlm brbelas2. Yg betul2 tggl skrg hnya 7 org jah. Tu x trmasuk lg dak2 lain yg sehari dua lg akan brmukim skali ngan kitorg dlm blik meeting ni. 

7 org kanak2 riang(msg2 riang dgn cara trsndiri)-3 drpd poli kat kawasan Terngganu n 4 lg dr poli sekitar Perak. Ku knlkan budak2 Trgganu-yaitu aku sbg A, dan 2 org lg sbg si B yg brckp byk n si C yg juga mulut byk n periang. Manakala budak2 perak kukenalkan sbg si R, si S dan Si X, si Y. B n C rapat dan serasi brsama. Manakala R dan S dua shbt baik. Begitu juga X dan Y-juga brsahabat baik. Tp mereka sbnrnya rapat cz dok umah sewa brsama2 mse kat Perak nu. 

Tuesday, April 28, 2009

Istighfar...

Hari ni macam biasa ku mulakan hari2ku selaku seorg pelajar yg praktikal kat XXX..hee..
And for information antum ini post ku yg prtama since akak2 senior habis praktikal n scr automatik seat dorg diambil alih oleh geng poli ku-B & C n budak2 poli yg lain-R,S,X & Y yg li satu batch ngan aku. Tp seat ku tetap tmpat yg asal..da strategik pown x yah susah lelah nk rebut2 seat..hngh3...

Smlm ku mulakan keja ku ngan cari bnda2 n segala mcm photoshop yg brguna n senang ku nk praktis balik. Byk sgt yg ku jumpe smpai mataku berair mengalahkan org mengantuk(memg mengantuk pn tp mujur ku x tido..he..). Ku cari sensorg je sementara org lain dok wat hal masing2. Sedang ku ralit mghayati segala bahan pncarian ku, tetiba ku trperasan ad gelak2 yg agak halus x halus mnjengah ke bilik telingaku. Oh, C, R, S, X & Y sedang ketawa tgk citer korea full house. Si B plak dok main2 hnset(ku pown slalu men henset gak).

Mula2 ku wat x tau je tp ntah mcm mn mulutku yg tiba2 trcetus perkataan "Istighfar..istighfar..". Smbil tu aku smpat tgk dorg bg sikit reaksi bahawa ku ikhlas ckp mcm tu. Bukan ku jeling pape pun. Bibir aku pn trsungging skit punya senyuman. Tp aku senyum sikit pn org x nmpk. Kalau ak senyum byk2 jd kembung smcm pulak pipiku..he...

Scr spontan dorg senyap. Ntah ad yg trasa kot. Si B pulak trpinga2 x tahu mula hujung pangkal citer. Ku bmbg kot2 ad yg terasa. Pastu dipendekkan citer, ku pn dgr si R sebut istighfar byk2 kali. Dalam ati aku menggumam..eii..nak kna r dak2 ni. Tp ku sabar je. Memg dak2 ni stail gitu. main2 je. Pstu ad jgk ku dgr si B tu mcm join skali je. Dia dok lafaz zikir lps semayg. Bengang jgk dibuatnya tp wat x tau je lah.

Pastu ad time bila ntah ketika ku asyik mencari bhn2 adobe photoshop n programming, tetibe dtg lah si R dok sblh ku. Ku pn dgn seikhlas ati brtanya knp dia dtg sblh ku. Blh plak dia ckp nk mai istighfar sblh ku. Cpt2 ku sabarkn ati. Soal dia sindir2 aku dalam gurauannya lain kira, tp ni soal dia permainkan patah2 kata yg mengingatkan kita kpd Allah. Ku tau dia brniat utk brgurau tp kok ye pn jagalah snsitiviti agama...

Ap nk jd budak2 yg dah boleh jd mak org ni. Snsitiviti agama lgsg x diendahkan. Ku tau r ku pn bukan baik sgt nk tegur2 org ni. Kalo snsitiviti puak2 n kwn2 rpt bukan main lg. Malah ku cdiri x sgka bekas AJK surau pn sggup nyanyim main jah prkara2 camni. Astaghfirullah3...ap yg ku trmampu hanya brdoa mgharapkan agar dorg beroleh kesedaran n hidayah

Kpd diri yg serba daif ni, jgn tau komen2 org jah. Ku pn sme kna brubah n trus meningkatkan prestasi diri. Semua ini skali2 xkan melemahkan semangatku utk mnjadi seorg yg betul2 beriman kepadaNya dalam ertikata sepadan dgn title dan imej yg ku bawa. Kau bimbinglah ku ya Allah...sesungguhNya hnya kepadaMu k mengadu... Prkara2 mcm ni skdr dugaan kecil shj kalu nk dibandingkan dgn ramai lg pejuang2 Islam di lain2 IPT. Sikit saja lg ku prlu brsabar.. Think positivelah kay!!!!

Monday, April 13, 2009

Ajarlah jiwamu utk trbang tinggi...

Bismillahirrohmaanirrohim..

SMS yg ku trima br sebentar td mampu mmbuatkanku trsenyum seketika. Tapi kutrtanya2 siapa gerangan brdaulat mghntar msj trsebut. Lgsg ku x knl. Ah, biarlah. Mujur juga Allah mengilhamkannya agar menyebarkannya shgga menembusi hnsetku. Sesungguhnya jalur lebar tnpa wayar sgt brmanfaat n mengujakan jika digunakan dgn cara yg lurus n betul tnpa menyimpang2..




Friday, April 10, 2009

Pedih..sedih..tp hikmahnya banyak...

Bismillahirrohmaanirrohim...

Salam sejahtera utk sume

Tak tau nk start dr mana cz sedih sgt rentetan citer nih. Smpai ari nih pn trasa2 lg menikam kalbu lubuk jantung hatiku. Citernya trjadi mggu lpas brtarikh bla..bla..

Ari tu kitorg dak2 praktikal seramai X org brsama akak2 yg lain brcadang lunch kat XXX. Tepat jam AA.AA, kitorg turun r kat parking keta brsedia utk kuar pegi lunch. Kuasa Allah, keta yg akan kunaik(milik si S, sementara si B & C yg lain naik keta akak) x dpt dikeluarkan dr tmpt parking. Ad ke ptt pakcik2 yg hadiri program kat dewan YYY parking sesuka hati jer keta diorg. Waktu tu memang kuciwa la jgk. Astaghfirullahal'aziim...ap yg ku cakap nih. Bila jd mcm tu xkan ku nak kutuk pulak. Kalu kutuk pn paling2 x pn ak bebel 'x patut' or 'x fikir lgsg'-sumpah lebih2 pn bukan blh alihkan keta yg mghalang tu sekelip mata selayang pndg pn.

Dipendekkan cerita ku dan budak praktikal yg lain dalam lebih kurg 4 or 5 org dak2 praktikal merelakan hati akak2 n B dan C pegi kat XXX terlebih dulu sementara pak cik2 mengalihkan kereta diorg. Ak pulak bila geng2ku brlalu menumpang keta akak(x mcm geng pn, mcm kawan lebih kurg gitu jer cz kalu bukan dr ipt yg sama so x brsama lah kitorg kat tmpt praktikal tu) terus ak diam membisu sedangkan dak2 praktikal dr ipt len brbual2 sesama dorg dgn santainya. Ku seolah2 x wujud kat situ. Terasa? Ad lah skit tp slh ku jgk x pndai sgt brkomunikasi ngan bukan dr spesies aku.

Dipendekkan lg citer, dlm byk2 prbualan ku ngan diorg, ak pn tercakap mcm ni :
"Dugaan, dugaan.. Sabar ajalah. Mgkn niat x btl agknya..."

Dalam ramai2 tu, si S sorg je yg dgr celotehku time tu tp dia x bg respon pn. Seketika, dia pn brbisik ngan kawan baik dia si R lantas membisikkkan sesuatu ke telinga si R dgn penuh hemah. Ketika itu suasana sunyi sepi n angin pn brtiup sepoi2 bhasa so dgn kuasa Allah ku telah mndengar dgn jelasnya point amat pntg ingin ku dengar yaitu di pghujung dialog yg dibisikkan berbunyi : "Mgkn niat x betul kot...".

Rupanya tone n lenggok nada suaraku serta susunan ayat chentaku yg seolah2 ala2 nk mghentam(bukan ku nak sindir sape2 pun..) rupa2nya di salah sgkakan(ye ke? Atau ku perasan cdiri kot) lntas mgkn si R ingat ku nk menyindir geng2 dia kot(opss...ku salah sgka lg ke? Hm..ku kata mgkn kan, so x semestinya betul kan2..). Kawan dia, si R x kata ap2 pn, just dgr je tp memg ku terasa sgt2, kecik ati sgt2..

Lpas tu memg mood ku x brp ok r time lunch ari tu. Nasib baik sesi pggambaran x rasmi mnceriakan skit suasana dingin yg trcetus.

Dalam prjalanan balik pulak, skali lg Allah nk uji kami. Kereta memanjang sepanjang jalan. Bila lmpu isyarat transform ke hijau, maka berebut2 keta mncelah2 melepasi lmpu isyarat. Si S, yg memandu keta yg kutumpang agak gabra n dia pn mnjerit cz srabut-trtekan plus geram kat aku(syok cdiri ke ku ni?) dgn x semena2. Pastu dia pn trlepas ckp, "Eh, x ingat ustazah ad kat blakg. Sory x sengaja," tuturnya dgn lmbut. Ku trasa jgk tp xlah trasa mcm td. Sblm ni pn ku dah lali dipanggil ustazah.

Fikir2 balik, syukur sgt2 ke hadrat Ilahi kerana Allah nk smpaikan sesuatu kat ku. Hari yg brsejarah trmaktub dalam lipatan takdirku telah sebanyak sedikit membuka hijab yg trsembunyi selama ni. Nyata akhirnya Allah telah kurniakan hidayah agar aku menyedari kesilapanku dalam menggauli rakan2 br ku. Selama ni ku sesedap rasa tnpa brperisa ajinamoto brcakap2 n keluarkan kenyataan menggigit jiwa rakan2 ku tntg KAPEL.

Ku x tau pn sesungguhnya si R n si S da brkapel cz da byk kali ku tnya tp dorg tp mereka asyik menafikn dgn riak wajah x brsalah(ak x kata kapel tu salah). So ku sesedap rasa r kuarkan fakta itu ini sal kapel yg sgt logik n masuk akal. Dorg pulak hnya trsengih2 tnpa riak wajah brkecil hati-brlagak seolah2 mereka single(memg lah single slagi x kahwin).

Ku cuma tahu hakikat itu mnjelang tengahari tarikh brsejarah itu. Dan sungguh ku rasa trtipu krna kepura-puraan mereka dan sgt menyesal menyakiti perasaan mereka terang2an. Pada hari itu jgk ku belajar utk lebih brhati2 dlm setiap bait isi prbualanku agar tidak menyentuh snsitiviti umat.

Apa kaitan isu tengahari dan situasi makan di XXX tu? Harap2 antum boleh fikir sendiri

Syukur ya Allah, syukur sangat2 dan terima kasih...

Tuesday, April 7, 2009

Memburu HIDAYAH dariNya...

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh...

Alhamdulillah...segala puji bg Allah yg mmberi kesempatan utk ku n rakan2 utk hidup di muka bumi ni, menghirup oksigen n brjalan2 bebas ats muka bumi scr prcuma. Masih brpeluang juga mengecapi nikmat hidup sbg seorg MANUSIA, bukan sbg hidup-hidupan yg lain.

Brcakap psl hidup, tiba2 ku trfikir. AP tujuanku idup sbnrnya? Ooo...mstilah utk bribadat kpdnya n mnjadi khalifah di muka bumi brtuah ni.

Firman Allah Ta'ala ; “Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku(Qs 51:56). . ...

Bagaimana cara nk bribadat? Ibadat ni trdapat dlm plbagai bntuk. Of cz la sinonimnya manusia akn nmpak ibadat tu x lebih dr solat, bc al-Quran, brzikir, puasa n blah..blah..blah..

Tp semua tu adlh ibadat yg utama. Ad lg bnda lain yg blh disifatkan sbg ibadat mcm menuntut ilmu, tido, makan.. Tp kalo menuntut ilmu yg salah or trlebih tido n makan bukan ibadat nmnya-tu da melampau. B'dosa blajar bnda salah n makruh ble trlebih mkn n tido. Bnda2 makruh ni bila diulang2 brdosa hukumnya..hgnh3... Nilai cdiri ya

Ap ni ku melalut plak ntah ap ntah. Bile sentuh bab2 ni aku x boleh lari dari terfikir sesuatu dan mengaitkannya dengan hidup kita, hamba Allah dan ibadat-HIDAYAH. Hidayah scr rgkasnya ialah petunjuk. Kalo xda hidayah mustahil kita dgn senang lenangnya mengecapi nikmat sebagai orang Islam kat bumi Allah nih. Dan seharusnya ku sedar bhw hidayah yg telah ak miliki masih trlalu sdikit-sebesar kuman agknya. Ntah2 x smpai sbesar kuman pun.. Pencarianku trhadap hidayah masih belum selesai. Misi perlu diteruskan x kira iman menaik ke menurun ke...harap2 ku tabah menempuhi keperitan dan ujian hidup serta dugaan dariNya yg sntiasa dtg tnpa diduga..